Tuesday, 30 April 2013 19:54 | Written by Wana | 0 comments

Assalamualaikum and annyeonghaseyo. First topic after eden hiatus sekian lamanya. Okay. Sebut je pasal Gwiyomi, semua orang tahu. Tak payah nak diperkenalkan lagi. Even sebelum ni game ni memang terkenal di kalangan KPOP fans. Tapi hari ni non-kpoppers pon turut tahu pasal game ni. Boleh dikatakan dah jadi satu fenomena baru selepas Gangnam Style dan Harlem Shake. Masing-masing 'berlumba-lumba' upload video 'Gwiyomi' mereka dekat youtube. Tapi korang tahu tak sejarah Gwiyomi Player ni? Korang tahu tak sape yang mula-mula created gwiyomi player ni?.
"The Gwiyomi Song, or Kwiyomi Song is a K-pop single by South Korean singer Hari and was released on February 18, 2013. It was inspired by a gesture from a member of a South Korean boy group, BTOB named Jung Ilhoon. The gesture is called 'Gwiyomi Player', which became an Internet meme in October 2012 followed by its first appearance on a South Korean variety show under SBS MTV named MTV Diary. The gesture has also inspired many Asian netizens to upload their own versions onto the internet"
The real creator of this 'Gwiyomi Player' is Ilhoon. Bagi kpoppers nama ni memang familiar. Plus dia ni bias adina. harhar. Takde kaitan. Tapi bagi normal people diorang mesti tertanya-tanya, sape pulak si Ilhoon ni. Good then. Korang buat gwiyomi tapi korang sendiri tak tahu sapa orang sebenar yang memperkenalkan 'Gwiyomi Player' ni. Then, ramai yg kata Gwiyomi tu asalnya dari penyanyi HARI. Sebab dia released lagu Gwiyomi Song. Btw sila baca semula info yg adina bagi tu. Originally dari encik wikipedia. Not mine. Dah terang lagi bersuluh lagu tu released selepas Ilhoon. appear dalam variety show yg dimaksudkan. Inilah yang dinamakan "Lembu punya susu, sapi dapat nama". Kesian Ilhoon.
Sekarang ni pula, kita dpt lihat dah ramai yang upload their 'own version' dekat youtube. Tak kira la lelaki mahupon perempuan. Korang search je. mesti jumpa. Banyak ! Even ada beberapa Gwiyomi style diorang tu agak menyakitkan mata. Senang cerita annoying. Bukan nak kutuk. Cuma kadang2 tu kita tak boleh puaskan hati semua orang, even bagi kita ianya 'CUTE' tp bagi orang lain?Tak tahu kan. So, Gwiyomi player ni sesuai untuk orang korea saje. Bukan bias. Tapi inilah realititnya. Tapi ada je orang bukan korea yang buat nampak comel.

Lepas Gwiyomi Player makin mendapat perhatian ramai, then mula la rumour yang tak masuk akal timbul sana sini. Yang terbaru. Ada yang kata Gwiyomi ni adalah satu benda yang memuja syaitan. Bila kita buat gwiyomi kita diibaratkan memuja syaitan. Astaghfirullahalazim. Terkejut besar adina baca. Siapa yang buat fakta palsu macam ni?! Gwiyomi ni sebenarnya adalah satu perkataan yang kita sebut bila kita buat pose cute. Takde kaitan pon dengan pemujaan syaitan. Adina taknak la tuduh haters or sesiapa. Tapi jangan la sebarkan fakta mcm ni. Dulu benda mcm ni jadi masa isu Gangnam Style. Sekarang Gwiyomi pulak. Dah tu Harlem Shake taknak pulak buat fakta macam ni. Kenapa perkara yang ada kaitan dengan KOREA semuanya bawa kesan negative bagi diorang. Teruk sangat ke korea ni. Hina? Manusia zaman sekarang.
Btw, tujuan adina tulis entry ni bukan nak menyebelahkan mana-mana pihak. Even nampak bias sikit. No wonder la adina ni Kpoppers. Tapi adina nak bagi pendapat mengenai fenomena Gwiyomi. Sorry kalau ada terkasar bahasa tersilap kata dalam entry kali ni. Sekian. As'salam.

Post a Comment